WHAT'S ON MY MIND?



"Enjoy reading my lovely visitors :D ,
Thankyou for your time,and please come again :D "





Sunday, February 8, 2009

Cerpen - *2 Julai*

tanggal 2 julai,tahun 2000. detik kenangan yang memang payah bagiku untuk memadamkan dari rona fikiranku. tersenyum sinisku mencoret kenangan tersebut. aku teringat ketika Bazli mendokongku dibelakangnya kerana disebabkan perbuatan bodohnya,aku terjatuh di parit. Bazli secara senyap-senyap memutuskan brek basikalku kerana dia ingin membalas dendam padaku akibat membocorkan rahsianya pada Cikgu. kami berdua memang sering mempunyai pendapat yang berbeza sehingga menimbulkan perselisihan."a friend in need is a friend indeed",dialog yang sering ku ingati, ternyata aku amat memerlukan dirinya lebih dari apa pun..

ia bermula ketika aku mula menjejak kaki di Universiti,namun aku sedih Bazli lebih mementingkan bidang pekerjaan dari melanjutkan pelajarannya...Dia mengikuti kursus ketenteraan selama 2 tahun di seberang laut. aku tahu hati budinya,aku tahu apa di dalam hatinya, aku tahu ini bukan yang dimahukannya. aku merasakan ia tentu meninggalkan bidang pelajaran di atas sebab-sebab tertentu. selama hidupku, aku tahu Bazli merupakan penuntut paling cemerlang. tapi kenapa? kenapa dia meninggalkan bidang kesukaannya?

aku menghubunginya setiap ada masa terluang,namun aku hanya mampu pasrah dan berserah agar dirinya sihat dan selamat. Aku cuba menghantar sms kepadanya,yang mana berunsur kemarahan,kerana aku sering tertanya kenapa dia tidak lagi menghubungiku?.Aku hampir berputus asa. Tetapi dengan tekad yang berkobar,aku terus menjejaknya walau dimana jua ia berada.

sudah hampir 3 tahun,Kenangan ku dengan Bazli tidak akan pernah luput di ingatan ku. Dan sekali lagi aku cuba untuk menghubunginya,panggilan ku di jawap oleh Zahar iaitu sahabat karib kepada Bazli.Aku bertanyakan perkhabarannya,dan terus merayu supaya memberitahu kepadaku,Bazli ada di mana sekarang?.Dia pun memberi aku alamat yang pasti,Bazli sering sahaja kesana.Dengan senang hati aku terus bergegas menuju ke tempat yang di nyatakan dengan harapan Bazli berada di sana sekarang.

Tibanya aku di tempat yang di nyatakan.Aku tercari-cari dan bertanya,betulkah tempat ini yang dimaksudkan?,Ku jejak kakiku,lalu masuk kedalam rumah itu.Dan sekali lagi peralatan band ini mengingatkan aku bahawa Bazli seorang yang ahli tentang musik,apa tah lagi bermain gitar.dia sangat suka bila melihat watak lucu ku bermain gitar.Ingin sahaja di cubit-cubitnya pipi ku,sebab kata Bazli aku kelihatan comel saat itu.Hati ku berdetik dan merasa,Bazli berada disisi ku sekarang.

Tanpa ku sedari berdirinya aku di situ,aku di saksikan oleh seorang jejaka yang bernama Bazli.Ingin ku gapai dirinya,dan memeluk dengan erat.Kerna aku sangat rindu,sehingga aku tidak dapat kawal titisan air mata yang jatuh membasahi kepingan lantai.Bazli terdiam dengan mata yang bersinar,yang memberi ku makna bahawa,dia pun merasa apa yang aku rasa.

Hari menjadi saksi pertemuan kami,aku sungguh merasa suka,sehingga tidak tahu hendak berkata apa.Aku mahu menyatakan sesuatu kepadanya,Tetapi sayang,aku tidak berdaya,aku lemah,lelah dihanyut oleh perasaan yang indah.gembiranya aku tidak dapat diungkapakan dengan kata-kata.Bagaimana aku hendak memulakannya? Dapat kah dia menerima?ohh.. Tuhan,tenangkanlah jiwa ku supaya senang ku bermadah. Sebelum aku membuka bibirku untuk meluahkan kata.Bazli sudah pun mengarahkan ku untuk menjauhi diri ku dari nya.Walaupun kami menyembunyikan perasaan cinta yang sama.Namun itu adalah satu perkara yang mustahil,Kerna kami adalah saudara Sedarah dan sedaging.

Air mata jatuh membasahi pipi Bazli,dan aku terus beredar dari situ tanpa menoleh dirinya lagi.kerna aku tidak sanggup untuk berdepan dengannya lagi.Hasrat dihatiku ingin memberitahu bahawa,aku akan pergi meninggalkan duniawi ini buat selamanya.Akibat menghidapi penyakit Barah otak.Dan tempoh untuk aku hidup hanya sebulan,dan besok genaplah satu bulan.Hilanglah aku dengan sekelip mata sahaja.Harapan ku,supaya Bazli berada disisiku ketika ku melelapkan mata.


Tiba saat ku pergi,Tetapi sayang sekali,Bazli datang semasa ku sudah pergi,hanya tinggal kenangan dan budi.Terimalah cincin dariku Bazli,aku akan sentiasa mencintai dan menyayangi,Semoga nanti berjumpa lagi...


0 comments:

Post a Comment