"Lets start over."





Saturday, February 21, 2009

Indahnya cinta *8*


"Dear!~~please~ i'm so sorry~ me inda sengaja buatkan Dear marah~,me patutnya pahamkan Dear..,please jangan buat me macam ani Dear~,
Jangan diam-diam~~ kan gila rasa me wahh~~" Rayu Syahira kepada
tunangnya Farid sambil menangis manja dan memeluknya erat.

Karenah syahira yang sebegini mengingatkan Farid kembali peristiwa yang pernah berlaku padanya empat tahun yang lepas..

Pada ketika itu,Syahira dan Farid,belum lagi mengikatkan tali
pertunangan mereka.Boleh juga dikatakan mereka masih belum mengenali hati budi masing-masing,dan disebabkan inilah Farid sukar untuk percayalagi kata-kata rayuan syahira yang manis bagaikan madu berbisa.

Awal perkenalan mereka bermula semasa mereka berada di dalam satu pesawat yang sama,di mana secara tidak senghaja,farid tertukar bagasi kepunyaannya dengan wanita bernama Syahira Natasha.Farid rasa bagai hendak gila mencari siapakah pemilik bagasi tersebut, dan oleh Kerana tidak tahu hendak berbuat apa-apa lagi,Farid pun pergi ke kaunter dan melaporkan bahawa bagasinya telah tertukar dengan salah seorang dari penumpang
pesawat itu.Setelah selesai habis urusan di kaunter,Farid juga terpaksa menunggu pemilik bagasi tersebut,walaupun ianya agak rumit bagi farid,tetapi apakan daya,dia hanya mampu berserah pada takdir.

24jam sudah berlalu,wajahnya yang
tampan dan bergaya,kini bertukar menjadi seorang yang kusut masai, dan Farid masih
lagi terpacak di bangku berdekatan dengan kaunter,sehinggalah tiba
seorang wanita yang cantik,kulit yang gebu dan halus bagaikan sutra,dan di tambah lagi dengan wangian sangat menggoda dan memukau.

"Excuse me,i'm Syahira Natasha,i got a call pasal my bag,hmm..,manatia??can i take it now??,and pemilik bag yang ku salah bawa ni ada sini??" tanya Syahira kepada salah seorang daripada perkerja kaunter tersebut dengan nada yang cemas.

Farid hanya tercengang waktu itu,lalu bergegas menghampiri syahira,dan memperkenalkan dirinya lalu menceritakan hal yang berlaku kepadanya semasa 24jam yang lepas.Mereka betul-betul tidak menyangka bahawa,bagasi kepunyaan mereka tidak ada bezanya,macam orang berjanji pula.Syahira
hanya tersenyum kepada farid,kerana dia malu untuk meluahkan perkataan walaupun sepatah,dan farid tidak kesah,asalkan bagasinya telah dikembalikan.

Setelah farid tiba sahaja di hotel penginapan,farid terus
sahaja memasuki kamar yang telah di tempahnya,kerana dia tidak sabar lagi untuk membersihkan dirinya,di mana sudah satu hari dia tidak mandi,gara-gara bagasi itu.Siapa tidak kenal farid,lelaki yang selalu sahaja menjaga kebersihannya dan penampilannya.Tetapi bila sahaja dia membuka bagasinya,hampir semua barang berharganya hilang,termasuklah,dompet yang dipenuhi dengan wang ringgit,kad kredit,dan kad peribadi dirinya.

"uUUUrrrrgghhhhh!!!! huH! gerenti bini-bini atu mencuri!! muka lawa!tapi pencuri! awu.. awas kau,ku cari kau ni,walaupun ke lubang cacing! hmm.. ehh.. apa ni?? oh.. AHAH.. bagus.. ada walletnya sini...SYAHIRA NATASHA..haha..,ohh.. ada number! bagus ehh!"

Farid betul-betul merasa geram ketika itu,dan terus sahaja mengambil telefon bimbitnya lalu menekan digit-digit nombor telefon syahira yang terpacak di dalam kad urusan perniagaannya.

"HELLO?!! SYAHIRA??!!" kata Farid bengang

"yes~ ani siapa~~?" jawab Syahira

"SIAPA???~~!! ehh!! u stole my wallet ah! and kenapa banyak lagi barang ku yang kurang atu!!??kau ani pencuri jua! inda kau malu kah??! jawap eH!!" tanya farid dengan nada kemarahan yang semakin menjadi-jadi.

"ehhh~ bukan me curi~But tinggal di sini~~ you tuduh me tah pulang~~"jawab syahira manja dan ketakutan.

"UH??!! apakan kau ani??! bahh.. aku mahu jumpa kau karang! bagi balik semua barang-barang ku yang ada tempat mu atu! paham!!? aku jumpa kau tempat Hotel Empire! now!" kata farid sambil mematikan telefonya.

Sebaik sahaja farid bersiap,dia pun terus turun di tingkat lobby.Tidak tentu arah farid di buatnya.Tidak senang duduk dan tidak senang berdiri,dan tiba-tiba syahira muncul tepat didepan farid.Mereka bertentangan,dan lalu..

"i'm so sorry~~ jangan tah marah~~ bukan niat me kan mencuri or apa~ ,tapi~~ banarr~ tertinggal barang you arah me~~~" Rayu syahira sambil merapatkan tubuhnya yang langsing dan menawan itu kepada farid sambil menggenggam erat tangannya,lalu memeluknya.

Farid terus sahaja terdiam membisu ketika itu tanpa menghiraukan sepatah perkataan dari syahira,dan semena-mena sahaja,fikirannya berubah dan terus memaafkan syahira,lalu merenungnya tajam.lelaki mana yang tidak kalah kalau sudah di goda,tambahan lagi dengan perempuan yang bernama syahira,dan di masa mata bertentangan,ianya akan turun ke hati,dan mulalah perasaan cinta.

Dari saat dan ketika itulah mereka mula menjalinkan perhubungan cinta.Walaupun di awal perkenalan mereka tidak begitu indah,tetapi farid tetap juga menyayangi syahira sepenuhnya,sehinggakan farid mengikat tali pertunangan dengan syahira yang dikasihinya.Farid selalu sahaja termakan pujuk rayu syahira,walaupun kadang-kadang masalah mereka melibatkan keluarga atau kawan.Bagi Farid,syahira lebih penting dari segalanya,dan di ketika imbasan ini semua bermain di mindanya. Farid merasa dirinya sebagai lelaki yang bodoh dan kenapa dia mesti lemah tatkala memandang syahira.

*Ohh..!! what have i done??~ wake up farid!!ahhh..macam kalahkan bini-bini pulang aku nii* kata sesalan farid didalam hati.

Tiba-tiba,Farid tersedar,seolah-olah di kejutan dari mimpi yang dahsyat,lalu terus sahaja dilepaskannya pelukan syahira,dan berlalu pergi dari situ,dan pergi menuju kebilik wad untuk kembali menengok sahabat sejatinya Rin.

"DEAR!!!!!!! DEARR!!! don't gooooooo!!!!" jerit syahira dengan tidak menghiraukan di sekelilingnya lagi,kerana dia tidak dapat menerima kenyataan bahawa Farid sudah membenci dirinya..

2 comments:

Erma Amalina said...

Aku dapat rasakan..Farid mencintai Rin.. tetapi ia nda realise.. wahahaa sukati aku aaa.. Nice novel my dear.. keep it up!!!!!!!!! :)

Bebe said...

HAHAAH~~ thnks for tht my friend~:)) eeheheh~ well~ tngu ja nanti apa kesudahannya;)

Post a Comment