WHAT'S ON MY MIND?



"Enjoy reading my lovely visitors :D ,
Thankyou for your time,and please come again :D "





Monday, January 18, 2010

Cerpen : Bicara Manis

Tanggal 27hb April 2009, Hari yang amat menyedihkan buatku ia hampir sahaja membunuhku,ahh..sudah..! Cukuplah!..oh tuhan,engkau berikanlah ku kekuatan dalam menempuh segala cobaan mu..biarkanlah ia berlalu..tetapi,apa yang harus aku lakukan?apa?

Kisahku bermula semasa ku bersama Irfan mula berkenalan sejak dari kolej lagi. Kami sangat rapat,sampaikan kami senghaja tidak masuk kelas kerana sudah bosan hendak menghadap buku hari-hari.ku tidak nafikan yang irfan seorang pemuda yang nakal,tetapi dia juga seorang pemuda sangat bijak,dimana dia selalu sahaja menemaniku untuk menimba ilmu bersama dan selalu menerangkan padaku,tatkala aku tidak faham apa yang cuba diterangkan oleh cikgu.

Kini tibalah hari yang di tunggu-tunggu,aku dan irfan sudah pun menamatkn pembelajaran kami di kolej,dan syukurlah kami telah mendapat keputusan yang cemerlang.Lucu juga,walaupun kami penuntut yang nakal,kami tetap juga menumpukan perhatian di dalam kelas.

"exam pun dah habis,irfan harap,kite dapat berjumpa lagi ye?,hmm.. Sebenarnya irfan nak tanye awak sesuatu,boleh tak?" kata irfan terus menuju ke arahku sambil tersenyum.
"nak tanye ape? Tanye lah.. Tanye banyak pun takpe.heheh" jawapku slumber sambil tertawa kecil.
"irfan sebenarnya.. Tak pandai nak bermain dengan kate-kate,apatah lagi nak menerangkan sebuah perasaan.." tambah irfan
"perasaan?ape maksud irfan ne?haha.. Nak buat lawak ye? Jangan mengada lah! Hahah" jawapku dengan tertawa sinis.
"tak,irfan tak buat lawak,ini benar-benar yang ingin irfan sampaikan dari hati irfan.. Hmm..irfan dah lama menyimpan perasaan terhadap awak,dan hari ini irfan nak tanye dengan jujur, *sigh* Would you be mine?" kata irfan dengan air muka yang ingin memiliki.
"AH?ermm.. Irr.. Saye..ummm.. Saye tak tau nak cakap ape" jawapku gugup.
*irfan menundukan diri terdiam dan hampa*
"yes,i do irfan.. Saye pun ada menyimpan perasaan yang sama seperti awak.."kataku sambil merasa terharu dan malu.

Setelah beberapa tahun kami menjalinkan hubungan yang begitu mesra dan bahagia,di mana irfan selalu sahaja mengambil berat tentang diriku,selalu menemuiku,menghubungiku melalui telefon bimbit dan yang paling canggih lagi,melalui Msn atau facebook,dan ya! Mungkin semua kemudahan yang ada inilah membuatkan hubungan kami semakin menjauh.

Irfan sudah mula menunjukan belangnya,dia sudah mula tidak menghiraukan apa yang terjadi padaku,dan tidak menghiraukan lagi tentang kesihatanku.

Hanya tuhan yang mengetahui apa yang terbuku dihatiku dan kepadanya sahaja ku berserah,dan di saat inilah airmataku mula mengalir dan jantungku bagaikan terhenti seketika. Dimana dengan tiba-tiba hari ini irfan menghantarkan SMS kepadaku yang berbunyi bahawa..

"MAAFKAN AKU SAYANG,LUPAKANLAH AKU DARI DUNIAMU SELAMANYA.. KERNAKU AKAN MENJADI MILIK ORANG.. PERNIKAHANKU AKAN BERLANGSUNG HARI INI.. LUPAKAN SEGALA JANJI-JANJI KITA YANG SUDAH TERIKAT,DAN KENANGAN BERSAMAKU,KERNA PERASAANKU TERHADAPMU SUDAH PUDAR SEKIAN LAMA KITA BERSAMA.. MAAFKAN AKU,AKU AMAT MENCINTAI DIRINYA.."