"Lets start over."





Saturday, March 28, 2009

Indahnya Cinta *10*


"Farid..,inda bah.. mendangar kau apa ku cakap tadi uh?? angan-angan tah kau pulang boi.. HAHA" Tanya Ikhwan geli hati.

"awu.. dangar boi..,bukan ku angan-angan,bepikir saja macam mana kau kan mengatur surprise mu atu..,Tapi aku okay ni.. No problem,Kau bagitahu saja apa yang patut ku tolong.. hehe" jawab Farid.

"Thanks dude..Haha.. ah.. macam ani....."

Bincang punya bincang,lalu mereka pun sudah dapat kata sepakat,lagipun mereka berdua memang bijak dan mahir dalam mengatur Strategi,apatah lagi,satu kejutan istimewa untuk orang yang tersayang. Kesepakatan inilah yang membuatkan mereka semakin akrab dan semakin mesra. Di waktu itu,Fina yang asyik memerhatikan karenah mereka pun merasa curiga. Mula-mula dia buat tidak endah sahaja dengan kelakuan mereka berdua itu.Tetapi bila keesokkan harinya,sedang fina bergegas menuju ke tempat letak kereta untuk mengambil telefon bimbitnya yang tertinggal,dia ternampak farid dan ikhwan sedang bergurau-senda,dan yang lebih memeranjatkan lagi,di waktu Farid sedang menghulurkan sejambak bunga orkid dan satu kotak kecil yang berwarna merah jambu kepada Ikhwan.Ikhwan hanya tersenyum,dan balasnya dengan satu pelukan yang mesra kepada Farid.Semakin tidak senang rasa hati fina dan tidak sabar rasanya dia hendak mengadukan hal ini kepada Rin.Bergetaran seluruh tubuh Fina ketika itu,perasannya bercampur-baur.

*EEEE!! astah!! durang ani apakan?~~,kelmarin dah lain usulnya..~~~,waaa kesian kau rin~ macam mana buleh c Ikhwan jadi macam ani ni..~ gerenti ia frust pasal c rin buta kali uh.Sama laki-laki tah pulang c Ikhwan ani.. ASTAHHH!!* kecurigaan fina di dalam hati semakin menjadi-jadi.

Tanpa membuang masa,fina pun terus sahaja pergi dari situ,dan berlari dengan sekuat hatinya,miskipun pada waktu itu,ototnya seperti rasa hendak tercabut dan Debaran di dadanya semakin kuat.Sehinggalah dia sampai di pintu wad dan terus sahaja memusingkan tombol pintu dan membuka nya dengan penuh perasaan.

"BUFF!!"

"UH?? kenapa tu?? siapa??"kata rin terperanjat dengan bunyi hentakan pintu tersebut.

"hmmmfff~ uhh~ rinnn~ aku ni ~~ fina~~ huh~ mengalehku ehh.. belari ku bah tadi,dari tingkat satu sampai tingkat dua ani.." jawab fina termengah-mengah

" eHH!! kau rupanya fina!eeehh kau ani uhh~~ cuba tah bagi salam kah dulu,tahu sudah aku macam ani,lamah semangat ku kali uh,guggur bah jantung ku uh.." kata rin lagi dengan nada yang panik.


"sorry bah darling,inda lagi ku terbagi salam,aku ada HOT NEWS wahh.. pasal your Ikhwan and si Farid..huh.. " sahut fina lagi.

"uh?? pasal apa?? kenapa Ikhwan?? kenapa ia fina?? okay ia??,Farid? kenapa??" tanya Rin bertalu-talu.

"Atu yaa kau uh.. sekali ya betanya banyak banar.. hahaha.. sabar bah behh..,jangan kau buat aku ketawa.. hahaha,sedangkan yang kan ku sampaikan ani inda cali ni .. hehe.."

"laju wah Finaaaa.. bagitahu aku bahh.. "

"awu awuu~~,macam ani ceritanya~,tadi aku ke bawah kan tu kan ambil handphone ku uh?~ sekali~,terlihat ku c Farid sama c Ikhwan~ Astahh..~~,aku bukan pulang apa Rin~,si Farid uh,membagi bunga and box damit tempat si Ikhwan wahh.. lapas atu bepalukkan lagi durang tu,gali ku rinnn... astagafirullah..~~"

"Astahhh! OMG! Banar kah jua anak ni? kau pasti kah?eeee.. jadinya,indakan Ikhwan atu suka kaum sejenis? eeeeeee~~ BANAR KAH finaaaaa~~ apa buktinya?? indaa ku pecayaaa~ kecawa ku ehh.. waaaaa"kata rin seakan tidak percaya.

"tanyanya ku lagi apa buktinya tu,banar rin~hahaha,cali kau ani ehh,banar~~ kelmarin ku lihat durang mesra becerita-cerita duduk di luar uh,awal-awal inda ku kesah,sekali ku melihat tadi atu,Sah! aku inda salah..~! eee..,tekanan kali durang atu,iatah jadi macam atu...,jangan tah kau kecawakan pasal atu,mun kau mahu laki-laki banyak lagi tu rin,aku pebaik mencarikan untuk kau.eee... sedih ku dapat tahu durang macam ani ni..inda ku sangka~"

"waaaa~~ sedih ku ehhh.. aku mahu kepastian jua fina.. aku mahu ia terus-terang arah ku~! inda ku mahu-mahu jua! atu kan aku sayang ia sudah.. " kata rin kecawa.

"mana saja tah kau.. tapi yang aku pasti..haisshhh~ malas ku becakap lagi ehh.." keluh fina.

Perbualan mereka terhenti sebaik sahaja tiba seorang jururawat masuk ke dalam bilik tersebut untuk memeriksa kesihatan rin,

"Hmm.. everything is okay sudah ni,and suhu badan pun stabil~ so karang petang buleh sudah balik ni uh,lagipun doktor cakap nada ada masalah lagi,ganya rajin-rajin saja makan ubat okay~,bah packing-packing tah semua barang-barang rin uh.." kata jururawat tersebut.

"wahh.. syukur alhamdulilah~ buleh jua balik akhirnya.. terima kasih nurse~" sahut Rin gembira.

Jururawat itu pun beredar dari situ. Rin yang masih merasa sedih dengan berita Ikhwan tadi terus sahaja terdiam membisu,di sambil itu fina menolong mengemas semua pakaian kepunyaan Rin,dan dia juga turut rasa bersalah atas keterlajurannya menyampaikan berita itu kepada Rin.

"Finaa~ kau bagitahu kan Mama and papa ku pasal aku balik hari ani~ okay~" pinta Rin.

"bah~ aku call dulu okay..~ and kau mahu aku bagitahu Farid and Ikhwan jua??"

"Okay~ thanks Fina~,hurmm.. farid and Ikhwan aku saja bagitahu sendiri okay~,ada jua karang durang tu" sahut Rin.

"bah.. aku keluar sekajap,call your parents okay~~" kata Fina.

Selang beberapa saat kemudian,Tibalah farid dan Ikhwan masuk ke dalam bilik wad.

"hai sayangg~~~~~~" Kata ikhwan kepada Rin sambil memberi satu kecupan mesra di pipi.

"Ha.. haiii~~" jawab Rin gugup.

"hurmmm~? kenapa ni? are you okay~? sudah mamam kah sayang?~" tanya Ikhwan lagi.

"ooo..ookkaayy~ inda ada apa-apa ss..sssaa..sayangg..~,yup.. sudah me mamam tadi.. sayang~?,anywayy.. hurmm.. karang me balik ni,petang nii~" jawap Rin serba salah.

"hmm.. kenapa sayangku ani~ hehe~ its okay lah sayang~,oh is it??! WOW! alhamdulilah~ akhirnya dapat jua sayang balik~ i'am Happy for you my dear~,eehh.. me mahu hantar you balik sayang~" kata Ikhwan dengan mesra dan ramahnya.

"wahh happy c Ikhwan ni Rin balik rumah .. hehe,anyway Rin,Congratulations~" Tambah Farid

"hehe thanks Farid,by the way,its okay lah sayang.. lagipun,mama dan papa ada jua,Rin ikut durang saja okay~~,and sayang~ karang balik di rumah~ RIn kan tanya something~" rin menyatakan lagi,sambil tersenyum sinis.

"okay lah~up to you sayang~ me ikut saja cakap my princess yang gorgeous ani..hehe" kata Ikhwan sambil tersengih dan melirik manja ke arah Rin.

Sehabis sahaja mereka berbual panjang.Mama dan papa Rin pun tiba di Dalam Wad tersebut,lalu Rin pun bersedialah untuk pulang sambil di pimpin oleh Ikhwan yang di sayanginya.Tetapi Rin masih lagi keliru tentang persoalan yang masih bermain di ruang mindanya.Patutkah dirinya merosakkan hari kegemilangan ini dengan soalan yang tidak masuk akal.

*kalau banar tah ia ani kaum sejenis,Haishhh,i have No choice,i've to let him go,walaupun aku tahu,aku sayang ia.. eeee...Pahit eh!, inda ku dapat terima semua ani ehh.. fuhh.. Sabar rin.. we'll see tonight..you can do it Rin! just ask him..* kata-kata hati Rin yang memberi perangsang dan semangat kepada Rin supaya berfikiran positif.Rin hanya menggengam erat tangan Ikhwan sebelum dirinya menaiki kenderaan Papanya dan berlalu pergi.

Friday, February 27, 2009

Indahnya Cinta *9*


"Heyyy??? Rinn~~ how are you beautiful?? hehe" suara farid membuat Rin terkejut dan tersenyum.

"I'm good Encik Farid~ hehe.. ke mana tadi? inda kedengaran suara encik Farid dari tadi.." jawab Rin

"ohh.. rin~ stop lah pakai Encik-encik.. tani kan friend~~,hmm.. anyway,tadi farid ada urusan sama syahira..,ohhh yeah, ikhwan,sini wah.. inda apa-apa kali ah,kamu ku anggap kawan ku sudah ni,so inda payah takut-takut lah sama aku. hehe" Jawab farid sambil mengajak Ikhwan borak bersama kami.

"okay tu bui.. heheh.." sahut Ikhwan sambil menggenggam tangan Rin dengan erat.

"hehe.. hmm.. inda bah.. bila rin keluar wad? do you feel better now??" tanya Farid.

"ohh.. hehe.. actually iatah yang kan ku bagitahu ni arah you guys semua~ but.. rin tunggu mama,papa and Fina dulu~~,and yeah i feel better berabis sudah.. hehe" jawab Rin gembira

"okayy thats good..,.iakahh?? ehh.. i think ada ku nampak tadi your parents and fina di luar rin~,kajap ah.. aku panggil ah~" kata farid lagi,sambil ia beredar dari situ memanggil keluarga Rin.

"sayanggg~~ hope its a good news~~ me mahu jaga sayang if sayang dah balik nanti~" kata Ikhwan dengan manja.

"heheh~ awu.. dangarlah karang apa yang kan me bagitahu,and awu~~ jaga tah~ but~~ jangan tah jaga full time..~ tired jua sayang tu..~ keraja lagi~,inda pandai rest karang..,time sayang off day saja jaga me,if hari-hari biasa,melawat saja ah..? hehe~" jawab Rin dengan lembut.

"ehhhh~~ me mahu jaga juaa~~ inda kira~~~,if sudah me sayang ani,apa-apa saja me sanggup sayang~~,but trust me lah~ me jaga sayang time your parents ada saja~ if inda,no way~ inda peadah-peadah kawin free karang..hehehe" jawab Ikhwan nakal dan manja.

Kata-kata ikhwan membuatkan Rin betul-betul geli hati,dan Rin hanya mampu melemparkan senyumannya yang mesra kepada Ikhwan,lalu Ikhwan balas dengan satu cubitan nakal di pipi Rin. Sedang mereka asyik bergurau-senda..

"lai~~ sayangg~ napa panggil mama sama papa??~~" kata mama Rin,lalu mama dan papa Rin memeluk Rin erat.

"mama~ papa~ fina~ Ikhwan and farid~~~,rin ada something kan bagitahu~,tadi~ kata nurse atu~ keadaan rin stabil sudah~~ and insyaallah rin buleh balik esuk~,iatah nunggu jawapan doktor lagi lah besuk..~~" kata Rin kepada mereka sambil merasa suka dan gembira.

"ahh.. baik jua tu laii~ syukur alhamdulillah~~" kata mama dan papa Rin lagi campur suka.

"iakan rin?? woah..!!ee.. happy berabis jua ku tu if kau balik.. eheh" kata fina dengan jeritan gembiranya.

"awuu ehh..,amin tah sayang dapat balik esuk~ at least kami semua happy jua kalau sayang di rumah dah~ that means sayang dah baik~ yeyyyy~" kata ikhwan.

Rin hanya mampu tertawa,tidak dapat diterangkan dengan kata-kata bagaimana bahagianya mereka waktu itu.

"rin~~ hehe~ if balik.. farid still jua buleh lawat rin di sana kan?~ we're still friend kan?" tanya farid.

"haha.. apalah farid ni,of course lah buleh..~~ yup,ketani masih jua kawan~~" jawap Rin sambil tertawa kecil.

Suasana di dalam bilik wad pada hari itu di kerumuni dengan rasa kegembiraan dan keriangan,mereka sungguh rasa suka mendengar berita ini.Mungkin kah hari esok  Rin akan pasti pulang.Rin tidak sabar rasanya menunggu hari menjelang esok.


"Farid,Boleh ku cakap sama kau di luar kajap??" tanya Ikhwan kepada Farid.

*Ehh.. Kenapa Ikhwan ni uh??* tanya Farid di dalam hati
 

Rin hanya menghiraukannya,kerana Rin sudah asyik berborak dengan Fina,mama dan papanya.

Sebaik sahaja mereka menjejakkan kaki di luar,Ikhwan dan Farid pun terus duduk di bangku kayu yang terpacak di tepi pintu wad.

"Farid,aku tahu,gerenti kau tekajut,kenapa ku panggil kau keluar ni kan??,Actually.. aku ada something kan bincang sama kau,dan lagi,i need your help jua.." kata Ikhwan

"Uh?? apa tu boiii??.." Tambah lagi persoalan di dada Farid.

"Sebenarnya..,aku ada surprise untuk si Rin bila ia balik dari wad ni,if aku seorang ganya,gerenti jua inda menjadi tu,thats why tah aku minta tolong arah mu,but atu pun kalau kau mahu lah.." tambah Ikhwan lagi

"bahh.. aku okay ni boii.. but surprise apa tu?? hehe.." jawab Farid sambil tersenyum

Lalu Ikhwan pun terus menerangkan rancangan yang telah di aturkannya,tetapi sebaik sahaja semuanya sudah jelas,Farid terus sahaja terdiam dan kaku.

"woii.. Farid... farid.. do you hear me??" kejut Ikhwan

"ahhh?? apa tadi boi??.." jawab farid sambil tertawa kecil

*astahh.. kenapa ia anak ani* curiga Ikhwan di dalam hati.

Saturday, February 21, 2009

Indahnya cinta *8*


"Dear!~~please~ i'm so sorry~ me inda sengaja buatkan Dear marah~,me patutnya pahamkan Dear..,please jangan buat me macam ani Dear~,
Jangan diam-diam~~ kan gila rasa me wahh~~" Rayu Syahira kepada
tunangnya Farid sambil menangis manja dan memeluknya erat.

Karenah syahira yang sebegini mengingatkan Farid kembali peristiwa yang pernah berlaku padanya empat tahun yang lepas..

Pada ketika itu,Syahira dan Farid,belum lagi mengikatkan tali
pertunangan mereka.Boleh juga dikatakan mereka masih belum mengenali hati budi masing-masing,dan disebabkan inilah Farid sukar untuk percayalagi kata-kata rayuan syahira yang manis bagaikan madu berbisa.

Awal perkenalan mereka bermula semasa mereka berada di dalam satu pesawat yang sama,di mana secara tidak senghaja,farid tertukar bagasi kepunyaannya dengan wanita bernama Syahira Natasha.Farid rasa bagai hendak gila mencari siapakah pemilik bagasi tersebut, dan oleh Kerana tidak tahu hendak berbuat apa-apa lagi,Farid pun pergi ke kaunter dan melaporkan bahawa bagasinya telah tertukar dengan salah seorang dari penumpang
pesawat itu.Setelah selesai habis urusan di kaunter,Farid juga terpaksa menunggu pemilik bagasi tersebut,walaupun ianya agak rumit bagi farid,tetapi apakan daya,dia hanya mampu berserah pada takdir.

24jam sudah berlalu,wajahnya yang
tampan dan bergaya,kini bertukar menjadi seorang yang kusut masai, dan Farid masih
lagi terpacak di bangku berdekatan dengan kaunter,sehinggalah tiba
seorang wanita yang cantik,kulit yang gebu dan halus bagaikan sutra,dan di tambah lagi dengan wangian sangat menggoda dan memukau.

"Excuse me,i'm Syahira Natasha,i got a call pasal my bag,hmm..,manatia??can i take it now??,and pemilik bag yang ku salah bawa ni ada sini??" tanya Syahira kepada salah seorang daripada perkerja kaunter tersebut dengan nada yang cemas.

Farid hanya tercengang waktu itu,lalu bergegas menghampiri syahira,dan memperkenalkan dirinya lalu menceritakan hal yang berlaku kepadanya semasa 24jam yang lepas.Mereka betul-betul tidak menyangka bahawa,bagasi kepunyaan mereka tidak ada bezanya,macam orang berjanji pula.Syahira
hanya tersenyum kepada farid,kerana dia malu untuk meluahkan perkataan walaupun sepatah,dan farid tidak kesah,asalkan bagasinya telah dikembalikan.

Setelah farid tiba sahaja di hotel penginapan,farid terus
sahaja memasuki kamar yang telah di tempahnya,kerana dia tidak sabar lagi untuk membersihkan dirinya,di mana sudah satu hari dia tidak mandi,gara-gara bagasi itu.Siapa tidak kenal farid,lelaki yang selalu sahaja menjaga kebersihannya dan penampilannya.Tetapi bila sahaja dia membuka bagasinya,hampir semua barang berharganya hilang,termasuklah,dompet yang dipenuhi dengan wang ringgit,kad kredit,dan kad peribadi dirinya.

"uUUUrrrrgghhhhh!!!! huH! gerenti bini-bini atu mencuri!! muka lawa!tapi pencuri! awu.. awas kau,ku cari kau ni,walaupun ke lubang cacing! hmm.. ehh.. apa ni?? oh.. AHAH.. bagus.. ada walletnya sini...SYAHIRA NATASHA..haha..,ohh.. ada number! bagus ehh!"

Farid betul-betul merasa geram ketika itu,dan terus sahaja mengambil telefon bimbitnya lalu menekan digit-digit nombor telefon syahira yang terpacak di dalam kad urusan perniagaannya.

"HELLO?!! SYAHIRA??!!" kata Farid bengang

"yes~ ani siapa~~?" jawab Syahira

"SIAPA???~~!! ehh!! u stole my wallet ah! and kenapa banyak lagi barang ku yang kurang atu!!??kau ani pencuri jua! inda kau malu kah??! jawap eH!!" tanya farid dengan nada kemarahan yang semakin menjadi-jadi.

"ehhh~ bukan me curi~But tinggal di sini~~ you tuduh me tah pulang~~"jawab syahira manja dan ketakutan.

"UH??!! apakan kau ani??! bahh.. aku mahu jumpa kau karang! bagi balik semua barang-barang ku yang ada tempat mu atu! paham!!? aku jumpa kau tempat Hotel Empire! now!" kata farid sambil mematikan telefonya.

Sebaik sahaja farid bersiap,dia pun terus turun di tingkat lobby.Tidak tentu arah farid di buatnya.Tidak senang duduk dan tidak senang berdiri,dan tiba-tiba syahira muncul tepat didepan farid.Mereka bertentangan,dan lalu..

"i'm so sorry~~ jangan tah marah~~ bukan niat me kan mencuri or apa~ ,tapi~~ banarr~ tertinggal barang you arah me~~~" Rayu syahira sambil merapatkan tubuhnya yang langsing dan menawan itu kepada farid sambil menggenggam erat tangannya,lalu memeluknya.

Farid terus sahaja terdiam membisu ketika itu tanpa menghiraukan sepatah perkataan dari syahira,dan semena-mena sahaja,fikirannya berubah dan terus memaafkan syahira,lalu merenungnya tajam.lelaki mana yang tidak kalah kalau sudah di goda,tambahan lagi dengan perempuan yang bernama syahira,dan di masa mata bertentangan,ianya akan turun ke hati,dan mulalah perasaan cinta.

Dari saat dan ketika itulah mereka mula menjalinkan perhubungan cinta.Walaupun di awal perkenalan mereka tidak begitu indah,tetapi farid tetap juga menyayangi syahira sepenuhnya,sehinggakan farid mengikat tali pertunangan dengan syahira yang dikasihinya.Farid selalu sahaja termakan pujuk rayu syahira,walaupun kadang-kadang masalah mereka melibatkan keluarga atau kawan.Bagi Farid,syahira lebih penting dari segalanya,dan di ketika imbasan ini semua bermain di mindanya. Farid merasa dirinya sebagai lelaki yang bodoh dan kenapa dia mesti lemah tatkala memandang syahira.

*Ohh..!! what have i done??~ wake up farid!!ahhh..macam kalahkan bini-bini pulang aku nii* kata sesalan farid didalam hati.

Tiba-tiba,Farid tersedar,seolah-olah di kejutan dari mimpi yang dahsyat,lalu terus sahaja dilepaskannya pelukan syahira,dan berlalu pergi dari situ,dan pergi menuju kebilik wad untuk kembali menengok sahabat sejatinya Rin.

"DEAR!!!!!!! DEARR!!! don't gooooooo!!!!" jerit syahira dengan tidak menghiraukan di sekelilingnya lagi,kerana dia tidak dapat menerima kenyataan bahawa Farid sudah membenci dirinya..