"Lets start over."





Saturday, March 28, 2009

Indahnya Cinta *10*


"Farid..,inda bah.. mendangar kau apa ku cakap tadi uh?? angan-angan tah kau pulang boi.. HAHA" Tanya Ikhwan geli hati.

"awu.. dangar boi..,bukan ku angan-angan,bepikir saja macam mana kau kan mengatur surprise mu atu..,Tapi aku okay ni.. No problem,Kau bagitahu saja apa yang patut ku tolong.. hehe" jawab Farid.

"Thanks dude..Haha.. ah.. macam ani....."

Bincang punya bincang,lalu mereka pun sudah dapat kata sepakat,lagipun mereka berdua memang bijak dan mahir dalam mengatur Strategi,apatah lagi,satu kejutan istimewa untuk orang yang tersayang. Kesepakatan inilah yang membuatkan mereka semakin akrab dan semakin mesra. Di waktu itu,Fina yang asyik memerhatikan karenah mereka pun merasa curiga. Mula-mula dia buat tidak endah sahaja dengan kelakuan mereka berdua itu.Tetapi bila keesokkan harinya,sedang fina bergegas menuju ke tempat letak kereta untuk mengambil telefon bimbitnya yang tertinggal,dia ternampak farid dan ikhwan sedang bergurau-senda,dan yang lebih memeranjatkan lagi,di waktu Farid sedang menghulurkan sejambak bunga orkid dan satu kotak kecil yang berwarna merah jambu kepada Ikhwan.Ikhwan hanya tersenyum,dan balasnya dengan satu pelukan yang mesra kepada Farid.Semakin tidak senang rasa hati fina dan tidak sabar rasanya dia hendak mengadukan hal ini kepada Rin.Bergetaran seluruh tubuh Fina ketika itu,perasannya bercampur-baur.

*EEEE!! astah!! durang ani apakan?~~,kelmarin dah lain usulnya..~~~,waaa kesian kau rin~ macam mana buleh c Ikhwan jadi macam ani ni..~ gerenti ia frust pasal c rin buta kali uh.Sama laki-laki tah pulang c Ikhwan ani.. ASTAHHH!!* kecurigaan fina di dalam hati semakin menjadi-jadi.

Tanpa membuang masa,fina pun terus sahaja pergi dari situ,dan berlari dengan sekuat hatinya,miskipun pada waktu itu,ototnya seperti rasa hendak tercabut dan Debaran di dadanya semakin kuat.Sehinggalah dia sampai di pintu wad dan terus sahaja memusingkan tombol pintu dan membuka nya dengan penuh perasaan.

"BUFF!!"

"UH?? kenapa tu?? siapa??"kata rin terperanjat dengan bunyi hentakan pintu tersebut.

"hmmmfff~ uhh~ rinnn~ aku ni ~~ fina~~ huh~ mengalehku ehh.. belari ku bah tadi,dari tingkat satu sampai tingkat dua ani.." jawab fina termengah-mengah

" eHH!! kau rupanya fina!eeehh kau ani uhh~~ cuba tah bagi salam kah dulu,tahu sudah aku macam ani,lamah semangat ku kali uh,guggur bah jantung ku uh.." kata rin lagi dengan nada yang panik.


"sorry bah darling,inda lagi ku terbagi salam,aku ada HOT NEWS wahh.. pasal your Ikhwan and si Farid..huh.. " sahut fina lagi.

"uh?? pasal apa?? kenapa Ikhwan?? kenapa ia fina?? okay ia??,Farid? kenapa??" tanya Rin bertalu-talu.

"Atu yaa kau uh.. sekali ya betanya banyak banar.. hahaha.. sabar bah behh..,jangan kau buat aku ketawa.. hahaha,sedangkan yang kan ku sampaikan ani inda cali ni .. hehe.."

"laju wah Finaaaa.. bagitahu aku bahh.. "

"awu awuu~~,macam ani ceritanya~,tadi aku ke bawah kan tu kan ambil handphone ku uh?~ sekali~,terlihat ku c Farid sama c Ikhwan~ Astahh..~~,aku bukan pulang apa Rin~,si Farid uh,membagi bunga and box damit tempat si Ikhwan wahh.. lapas atu bepalukkan lagi durang tu,gali ku rinnn... astagafirullah..~~"

"Astahhh! OMG! Banar kah jua anak ni? kau pasti kah?eeee.. jadinya,indakan Ikhwan atu suka kaum sejenis? eeeeeee~~ BANAR KAH finaaaaa~~ apa buktinya?? indaa ku pecayaaa~ kecawa ku ehh.. waaaaa"kata rin seakan tidak percaya.

"tanyanya ku lagi apa buktinya tu,banar rin~hahaha,cali kau ani ehh,banar~~ kelmarin ku lihat durang mesra becerita-cerita duduk di luar uh,awal-awal inda ku kesah,sekali ku melihat tadi atu,Sah! aku inda salah..~! eee..,tekanan kali durang atu,iatah jadi macam atu...,jangan tah kau kecawakan pasal atu,mun kau mahu laki-laki banyak lagi tu rin,aku pebaik mencarikan untuk kau.eee... sedih ku dapat tahu durang macam ani ni..inda ku sangka~"

"waaaa~~ sedih ku ehhh.. aku mahu kepastian jua fina.. aku mahu ia terus-terang arah ku~! inda ku mahu-mahu jua! atu kan aku sayang ia sudah.. " kata rin kecawa.

"mana saja tah kau.. tapi yang aku pasti..haisshhh~ malas ku becakap lagi ehh.." keluh fina.

Perbualan mereka terhenti sebaik sahaja tiba seorang jururawat masuk ke dalam bilik tersebut untuk memeriksa kesihatan rin,

"Hmm.. everything is okay sudah ni,and suhu badan pun stabil~ so karang petang buleh sudah balik ni uh,lagipun doktor cakap nada ada masalah lagi,ganya rajin-rajin saja makan ubat okay~,bah packing-packing tah semua barang-barang rin uh.." kata jururawat tersebut.

"wahh.. syukur alhamdulilah~ buleh jua balik akhirnya.. terima kasih nurse~" sahut Rin gembira.

Jururawat itu pun beredar dari situ. Rin yang masih merasa sedih dengan berita Ikhwan tadi terus sahaja terdiam membisu,di sambil itu fina menolong mengemas semua pakaian kepunyaan Rin,dan dia juga turut rasa bersalah atas keterlajurannya menyampaikan berita itu kepada Rin.

"Finaa~ kau bagitahu kan Mama and papa ku pasal aku balik hari ani~ okay~" pinta Rin.

"bah~ aku call dulu okay..~ and kau mahu aku bagitahu Farid and Ikhwan jua??"

"Okay~ thanks Fina~,hurmm.. farid and Ikhwan aku saja bagitahu sendiri okay~,ada jua karang durang tu" sahut Rin.

"bah.. aku keluar sekajap,call your parents okay~~" kata Fina.

Selang beberapa saat kemudian,Tibalah farid dan Ikhwan masuk ke dalam bilik wad.

"hai sayangg~~~~~~" Kata ikhwan kepada Rin sambil memberi satu kecupan mesra di pipi.

"Ha.. haiii~~" jawab Rin gugup.

"hurmmm~? kenapa ni? are you okay~? sudah mamam kah sayang?~" tanya Ikhwan lagi.

"ooo..ookkaayy~ inda ada apa-apa ss..sssaa..sayangg..~,yup.. sudah me mamam tadi.. sayang~?,anywayy.. hurmm.. karang me balik ni,petang nii~" jawap Rin serba salah.

"hmm.. kenapa sayangku ani~ hehe~ its okay lah sayang~,oh is it??! WOW! alhamdulilah~ akhirnya dapat jua sayang balik~ i'am Happy for you my dear~,eehh.. me mahu hantar you balik sayang~" kata Ikhwan dengan mesra dan ramahnya.

"wahh happy c Ikhwan ni Rin balik rumah .. hehe,anyway Rin,Congratulations~" Tambah Farid

"hehe thanks Farid,by the way,its okay lah sayang.. lagipun,mama dan papa ada jua,Rin ikut durang saja okay~~,and sayang~ karang balik di rumah~ RIn kan tanya something~" rin menyatakan lagi,sambil tersenyum sinis.

"okay lah~up to you sayang~ me ikut saja cakap my princess yang gorgeous ani..hehe" kata Ikhwan sambil tersengih dan melirik manja ke arah Rin.

Sehabis sahaja mereka berbual panjang.Mama dan papa Rin pun tiba di Dalam Wad tersebut,lalu Rin pun bersedialah untuk pulang sambil di pimpin oleh Ikhwan yang di sayanginya.Tetapi Rin masih lagi keliru tentang persoalan yang masih bermain di ruang mindanya.Patutkah dirinya merosakkan hari kegemilangan ini dengan soalan yang tidak masuk akal.

*kalau banar tah ia ani kaum sejenis,Haishhh,i have No choice,i've to let him go,walaupun aku tahu,aku sayang ia.. eeee...Pahit eh!, inda ku dapat terima semua ani ehh.. fuhh.. Sabar rin.. we'll see tonight..you can do it Rin! just ask him..* kata-kata hati Rin yang memberi perangsang dan semangat kepada Rin supaya berfikiran positif.Rin hanya menggengam erat tangan Ikhwan sebelum dirinya menaiki kenderaan Papanya dan berlalu pergi.